Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Selasa, 21 Disember 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah hampir kesemua keperluan anak aku untuk ke sekolah tahun depan aku beli. 
tinggal yuran sahaja yang belum.



Ahad, 19 Disember 2010

19/12/10

macam mana aku blh lupa hari jadi anak laki aku semalam 
mana x lupanye sebok tlg adik aku berkemas rumah
dia nak pindah rumah
alhamdulillah genap umur anak aku 6 tahun walau pn tahun depan dia masuk darjah 1 
macam ni la anak yang lahir pada bulan 12

ummi doakan supaya menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat
amin................................

Luahan yang tak terluah

yang ni bukan isu baru
isu dah naik basi
ntah la 
hanya allah je yang tahu

Selasa, 14 Disember 2010

Sekolah 2011

pening kepala aku memikirkan keperluan sekolah anak
2 minggu lagi sekolah dah nak buka
baju sekolah satu pun x beli lagi
pening.............. aku

Rabu, 8 Disember 2010

Padang pasir

Ini lah ibarat didalam dompet aku
kering nasib baik blm kontang
bila la duit nak dpt

sabar la hati................

Khamis, 25 November 2010

Mula belajar

alhamdulillah sekarang anakku suda mula mau
di ajar dan belajar mengenal perkataan suku kata 
aku berharap dia x cepat bosan 
masa belajar

Isnin, 22 November 2010

Aduhai Anak lanang ku

aduhai anak, kalau ini lah dugaan yang allah berikan kepada ku
aku redha dan aku percaya
setiap anak yang di lahirkan ke dunia ini
ada kelebihan dan kekurangannya
mungkin yang aku nampak sekarang banyak
kekurangan 
tapi aku harap aku akan nampak banyak kelebihan dan kebolehannya
di masa akan datang
Amin................

Angkara Syaitan

Kenapa syaitan suka menganggu manusia?
padahal manusia x pernah menganggu syaitan

ya allah jauhkan syaitan durjana daripada kami
amin.....................

Ahad, 21 November 2010

Anugerah daripada allah

kita merancang allah yang menentukan,
walaupun bermacam2 cara aku buat tetapi
allah tetap beri kepada aku juga.
mungkin ada hikmah di sebalik semua ini 
aku terima dengan dengan redha.
walaupun aku x kaya dengan duit
tapi aku kaya dengan anak
pemberian allah
semoga anak2 aku menjadi anak2 yg soleh
dan anak2 yg solehah
dunia dan akhirat
amin..........



Isnin, 16 Ogos 2010

sulaman manik

cantik kan
aku cadang nak ambik tempahan manik , tpi boleh ke aku buat , x pe....... kan aku nak carik duit tepi hahahah cayiok cayiokkkk insyallah aku boleh
BOLEH.................

Jumaat, 13 Ogos 2010

SAGUHATI

Awal bln 7 aritu aku n kwn2 msk pertandingan persembahan MANJAKU antara kakitangan PPAS tpi nasib x menyebelahi kami. kami hanya mendapat

alhamdulillah yang penting kami dah buat persembahan yang terbaik

ROAD TAX OH ROAD TAX

Apa la nasib aku road tax mati dah dekat raya. kalo road tax je x pe lagi ni dgn insuran sekali. pening kepala aku bujet raye dah berkurangan. dlm kepala otak ni nak cari duit tepi tpi cam ne haaaaa
sapa blh tlg akuuuuu......
tolonggggggggggg.............

Ahad, 8 Ogos 2010

Destinasi percutian seterusnyer

Percutian ni bkn aku yang rancang abang n kakak ipar aku yang rancang. destinasi seterusnyer di.....

tpi x tau lagi. klo diaorg jadi pegi aku x gi kut aku bgi mak aku gi je lah..... heheheheh, tpi x tau la tahun bile diaorg nak giiiii.......

Bercuti......

Dah berbulan aku x menaip kat blog ni. Sebenarnye aku bru blk dari camron semalam. tpi masa kat sana x leh nak berjalan2 sbb hujan n anak2 aku pn x sihat.smpt ambk gmbr kat dlm bilik je......
ini tmpt kami menginap hotel Equarorial

Anak2 kat berandar

Anak2 kat dlm bilik n  kakak najwa


si abang tgk permandangan ladang teh 
( si abang ni susah sikit nak ambk gambar dia)


si kakak yg x sihat kat tmn strawberi MARDI
( kakak x sihat pn psl ambk gambo nak je )
si adik pulak asyik nak menangis je x leh berengang ngan ummi

gambo ni je yang sempat di ambil ladang teh camron

kalo di bagi peluang nak gi lagi tapi kalo pikirkan sejuk ntah la
hehehehehe.....

Khamis, 10 Jun 2010

CENDAWAN


Mcm ne le rupe aku klo jadi cendawan

ini semua gara-gara persembahan teater yang akan berlangsung pada 01/07/2010

cendawan nyer blm di buat
ideanyer dah ada
x tau la jdi ke x

kita tgk nti hasilnyer

Isnin, 31 Mei 2010

PENGUMUMAN..........


JOM RAMAI2 KITA JAYAKAN HARI ILMU GERAKAN MEMBACA PERDANA NEGERI SELANGOR 2010 DI TAMAN TASIK SHAH ALAM PADA 26 JUN 2010 ( SABTU )

MUSIM BOLA BERMULA.......

world cup sudah bermula
lakiku sudah naik gila
astro buat hal pula
mau x meroyan jadinya

sabo je le
hahahhuhuhuhehehe...

HUHUHUHU...... DAH LAMA X UPDATE


SALAM ... x de bahan nak update otak kosong

Isnin, 26 April 2010

AKTIVITI MEMBUAT BONEKA BINATANG

Alhamdulillah aktiviti berjalan dengan lancar
pada awalnye aku ingat nak batalkan je aktiviti ni
sbb x de orang
tapi dengan berkat kesabaran
pada sebelah petang ramai orang pulak
ok la tu
hahaha

Isnin, 19 April 2010

jajakraf.com

Kepada sesiapa yang mencari material untuk aksesori kraftangan
sila layari
jajakraf.com

STARTER KIT/DIY PACK CONTEST

Sekarang sus n d felt product mengadakan contest kepada sesiapa yang membeli felt craft starter kit
di atas tu antara hadiah yang si pemenang akan dapat
nak maklumat lebih lanjut 
sila layari 

FELT CRAFT STARTER KIT

Nak belajar buat kraftangan dengan benda kat atas ni la
RM 55 je nak tau lebih lanjur layari la


ok  :)

Nak Balajar Buat Kraftangan


Geram rasanya tengok kraftangan yang dia orang buat
comel2
mcm2 bentuk ada
aku nak belajar jugakkkkkkk
hahaha......

kursus sulaman manik

Ari sabtu 11/04/10 aku ngan kwn baik aku mengikuti kelas sulaman manik
memang seronok
yang ajar kita org kak roza (yg pakai tudung hitam putih)
klo ada sesapa yang berminat nak sulam manik kat baju sendiri
pegi la kat kelas dia
memang berbaloi
x rugi belajar
klo dah ada kemahiran blh bukak bisnes
hehehe

Dyana CD

bagus la kain lampis moden ni  jimat
aku dah beli untuk anak memang bagus
dia mcm lampin pakai buang jugak
tapi yang ni blh basuh
klo nak tau lbh lanjut sila lah ke blog
mamapayish onlineshope
ok

Lamanyaaaaaaaa.......

Haha dah lama x up date blog. cibok sikit
tunggu perkembangan blog ni okkkk.....

Selasa, 6 April 2010

Apa kene hari ni

Baru ada semangat nak update blog dah ada problem. gambo x leh masuk tunggguuu le la yoooooo

sabooo je akak.................

Khamis, 25 Mac 2010

Aktiviti cuti sekolah bulan 3


Alhamdulillah aktiviti berjalan dengan lancar walaupun porak peranda sedikit pada awalnya. terima kasih diucapkan kepada kakitangan yang telibat.

insyallah kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki musim cuti sekolah yang akan datang kami akn mengadakan program seperti ini lagi

TUNGGUUUUUUU.................... :)

Masalah di bendang



hai x tau la apa nak jadi. tiap2 tahun masalah sama yang timbul. tgk la gambo atas tu, cantik kan. x pe la sabo le bebenyakkkkk..........

Selasa, 16 Mac 2010

tengah sebok

Penat, letih ku rasa. esok ada aktiviti kat lib banyak barang x de lagi . harap2 esok aktiviti dpt berjalan dengan lancar.

klo ada gambar aku akan masukkan kat dlm blog ni ok......... :)

Jumaat, 12 Mac 2010

Proses pertukaran tempat untuk tong sampah


Tong sampah yg telah dicabut dari tempat asalnya


tempat asal tong sampah


tempat baru tong sampah

Bukan saja kakitangan yang bertukar tempat letak tong sampah juga bertukar. bukan apa mungkin tempat tong sampah yang asal tersorok kot sbb itu orang yg angkut sampah tu x nampak. dah berbulan2 sampah x d angkut sampai berulat2 dan bersepah sbb d koyak ngan anjing. siapa punya tangungjawap la ni.

dah bertukar tempat ni mintak2 x berlaku lagi masalah yang lama

( bonda sorryyyyyyyy gambar mu terdelete huhuuuuu )

Khamis, 11 Mac 2010

Kenapa jahatnya suara hati ini

Kenapa kuat hati ku berkata-kata dan perasaan ku pn terikut sekali. klo buleh aku x nak tuduh sembarangan tapi biarlah takdir yang menentukan segalanya.

Aku berharap berkekalan hingga ke akhir hayat.... . Amin

Rabu, 10 Mac 2010

Sarapan pagi


Ni la sarapan pagi kita org pagi tadi . bonda yang bawak (jgn marah akak bonda bwk utk kita orang )
alhamdulillah bertambah la rezeki org yg bawak makanan ni utk kitaorg, amin............